PLUS atur strategi hadapi pertambahan trafik menjelang cuti Aidilfitri

By  |  0 Comments

ASXdrive21

Sempena dengan cuti perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada hari-hari puncak. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding hari-hari biasa.

Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata, “Justeru, kami telah mengatur pelbagai strategi untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selesa dan lancar di lebuh raya”.

Di antara strategi utama yang diperkenalkan pada tahun ini adalah dengan menggalakkan lebih ramai penduduk di Lembah Klang pulang ke kampung lebih awal, iaitu pada hari-hari bukan puncak iaitu pada 13 hingga 15 Julai.

“Bagi menggalakkan orang ramai di Lembah Klang pulang ke kampung halaman masing-masing lebih awal tahun ini dan mengagihkan trafik, PLUS akan menawarkan rebat tol di antara 30 hingga 50 peratus pada Hari-Hari Bukan Puncak,” jelas Noorizah.

Rebat tol 50 peratus ditawarkan sepanjang hari untuk perjalanan jarak jauh (melebihi 100 kilometer) di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE serta membayar tol menggunakan sistem elektronik (kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG) pada 13 dan 23 Julai. Manakala, rebat tol 40 peratus diberikan pada 14 dan 22 Julai. Rebat tol 30 peratus pula diberikan bagi perjalanan jarak jauh pada 15 dan 21 Julai.

Rebat tol tersebut boleh dituntut di semua Pusat Khidmat Pelanggan di lebuh raya PLUS bermula 15 Ogos hingga 14 November ini.

Selain itu, PLUS juga turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak iaitu di antara 16 Julai hingga 20 Julai ini.

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu.

TTA20Raya20201520Lembah20Klang_Malay

“Kami menasihatkan orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak supaya mengikuti TTA. Berdasarkan kajian kami, apabila ramai yang mematuhi TTA untuk pulang ke kampung dan pulang semula ke kota selepas bercuti, semakin lancar perjalanan di lebuh raya,” kata Noorizah.

Selain daripada strategi penyuraian trafik pada Hari Bukan Puncak dan Hari Puncak, PLUS turut menyusun pelbagai pendekatan dalam memantapkan operasi dan tahap perkhidmatan pada musim perayaan yang akan datang.

“Di antara langkah-langkah yang akan diambil adalah menugaskan lebih ramai kakitangan di lebuh raya dan pusat kawalan trafik TMC, menambah jumlah pasukan dan rondaan PLUSRonda, menempatkan pasukan-pasukan bantuan kecemasan di lokasi-lokasi strategik, membuka kawasan meletak kenderaan dan tandas awam tambahan di kawasan-kawasan rehat utama, menyediakan trak-trak tunda tambahan di lokasi terpilih, menempatkan lebih daripada 3,200 kakitangan di plaza-plaza tol, pemantauan trafik dari udara dan lain-lain lagi,” tambah Noorizah.

Bagi menambahkan kelancaran perjalanan pengguna lebuhraya, PLUS juga telah menyiapkan Projek Pelebaran Lorong Keempat di antara Shah Alam-Rawang-Jalan Duta serta Persimpangan Nilai Utara-Seremban untuk memberi lebih keselesaan kepada orang ramai pada musim perayaan ini.

Sementara itu, PLUS juga akan membuka Persimpangan Bertingkat Bandar Ainsdale yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Persimpangan Bertingkat Seremban pada 10 Julai yang akan datang bagi membantu menyuraikan trafik di laluan berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq