Diskaun tol 20 peratus bagi yang melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Aidilfitri

By  |  0 Comments

Penang 2nd bridge

Bagi yang melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) pada tengah malam 17 Julai hingga pukul 11.59 malam 18 Julai, tawaran diskaun tol sebanyak 20 peratus akan diberikan untuk semua kelas kenderaan.

Menurut Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Datuk Dr Ismail Mohamed Taib, diskaun itu bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Sama seperti tahun lepas, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk memberi balik kepada masyarakat dan menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan terutama kepada para pengguna yang menggunakan jambatan ini sejak dibuka pada Mac 2014,” katanya.

Beliau berkata secara purata 12,500 kenderaan menggunakan jambatan berkenaan setiap hari dan bilangannya bertambah pada hujung minggu, cuti sekolah atau semasa musim perayaan.

JKSB juga menjangkakan pertambahan sekurang-kurangnya 20 peratus trafik harian selepas lebuh raya bertingkat Bayan Lepas Expressway disiapkan oleh JKR pada suku pertama 2016, menyediakan laluan terus ke Bayan Baru berhampiran Queensbay Mall dan menuju terus ke George Town.


Sumber foto : Laman web Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *