Volkswagen mulakan siri jelajah sempena Raya – Jimat sehingga RM48k

By  |  0 Comments

VW Raya Roadshow 1

Volkswagen Malaysia telah pun memulakan siri jelajah di pusat-pusat membeli-belah di Lembah Klang bagi membolehkan orang ramai merasai pengalaman dengan jenama tersebut. Di mana para pengunjung juga berpeluang melihat secara dekat dan lebih personal dengan model Volkswagen Beetle Bug dan model-model terpilih yang lain.

Setiap hari sepanjang siri jelajah tersebut, seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang satu baucar petrol bernilai RM200 dengan hanya mengambil bahagian dalam satu peraduan Instagram yang mudah. Untuk menang, hantarkan foto paling kreatif bersama Volkswagen Beetle Bug edisi terhad dan hashtag #VWRevealYourStripes.

Dalam siri jelajah ini, Volkswagen Malaysia turut menawarkan pelbagai promosi menarik termasuklah ‘0’ bayaran muka dan ‘0’ faedah bagi model terpilih termasuklah Polo, Polo Sedan, Jetta, Golf, Passat dan Tiguan. Promosi ini menawarkan penjimatan sehingga RM48, 000 (tertakluk pada terma & syarat serta sementara stok masih ada).

Lokasi siri penjelajahan Volkswagen sempena Raya adalah seperti berikut :

Volkswagen_Raya_2015

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *