PSKLM mohon kenaikan kadar tol

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Zainudin A. Kadir berkata, keperluan kenaikan kadar tol ini wujud bukan hanya kerana ia adalah ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi, tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya, menurut laporan Bernama.

“Kami percaya ia boleh dilakukan tanpa menimbulkan implikasi bebanan kewangan kepada kerajaan atau kesemua rakyat Malaysia dengan menggunakan konsep ‘user pay’, iaitu pengguna yang menggunakan kemudahan itu sahaja yang dikenakan bayaran,” kata Zainudin dalam kenyataan media hari ini.

Zainudin berkata anggota PSKLM akan terus berusaha untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam memberi lebih nilai tambah kepada orang ramai khususnya kepada pengguna lebuh raya.

ASXdrive21

Inisiatif tersebut bertujuan untuk membantu orang ramai membuat penjimatan apabila menggunakan perkhidmatan lebuh raya seperti pemberian rebat tol, diskaun tol dan lain-lain.

Bersempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, rebat serta diskaun kadar tol akan diperkenalkan oleh sebahagian anggota PSKLM dan maklumat lanjut akan diumumkan oleh syarikat masing-masing.

Malah PSKLM akan terus berusaha memastikan syarikat konsesi meningkatkan tahap perkhidmatan mereka termasuk menaik taraf kemudahan di lebuh raya di samping mencari pendekatan untuk menaikkan kadar tol.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *