Fasa pertama pembinaan jambatan ketiga Klang bakal siap Julai 2016

By  |  0 Comments

klang

Fasa pertama pembinaan jambatan ketiga Klang yang lama tertangguh, menghubungkan Jalan Sungai Bertih, Jalan Tanjung Shawal dan Jalan Goh Hock Huat, dijangka siap pada Julai 2016, laporan New Straits Times.

Menurut Pengerusi Bertindak Jawatankuasa Kira-kira Awam Selangor, Bg Suee Lim, 30% kerja pembinaan telah pun selesai, yang melibatkan kos sebanyak RM199 juta, yang melibatkan pemasangan cerucuk dan rasuk asas.

“Kami menjangkakan jambatan tersebut mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas dari dua jambatan utama di Klang sekurang-kurangnya 60%. Jambatan ini mampu menampung sejumlah 120,000 kenderaan sehari. Pengguna kenderaan dari Pelabuhan Klang, Banting dan Sijangkang boleh mengelak kesesakan lalu lintas apabila jambatan ini siap sepenuhnya,” ujarnya.

Sambungnya lagi, fasa kedua yang melibatkan kos sebanyak RM320 juta, dijadualkan bermula pada tahun hadapan dan dijangka jambatan ini siap sepenuhnya pada tahun 2018.

Jambatan sepanjang 2.5 km ini termasuk penyambungan jalan, mula diusulkan oleh kerajaan pemerintahan Barisan National dan ia dilancarkan pada 5 Mac 2008 oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Walau bagaimana pun, projek ini tidak diambil kira oleh Pakatan selepas pengambil alihan tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada bulan yang sama, menurut laporan NST.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq