PUSPAKOM sahkan tiada kakitangan terlibat dalam kes kereta RM1 juta hilang

By  |  0 Comments

Puspakom1

Susulan kereta bernilai RM1 juta yang dilaporkan hilang di PUSPAKOM Wangsa Maju KL pada minggu lalu, PUSPAKOM Sdn Bhd telah mengesahkan tiada individu dari syarikat tersebut yang terbabit dalam kejadian terbabit, memetik laporan Harian Metro.

Menurut kenyataan PUSPAKOM semalam, kes kecurian model Nissan Skyline GT-R35 itu berlaku selepas pemeriksaan kenderaan mangsa selesai dilakukan. Di mana, semasa kejadian, kereta berkenaan diserahkan kepada pemiliknya. Namun difahamkan suspek turut bersama mangsa sebelum kejadian itu berlaku.

Suspek yang melarikan kenderaan terbabit sebenarnya berpura-pura ingin membeli kereta mangsa.

Walau bagaimana pun, PUSPAKOM turut membuat laporan polis bersama pemilik kenderaan terbabit yang terpedaya oleh suspek berkenaan dalam urusan jual-beli.

Sehubungan itu, PUSPAKOM turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan urusan jual-beli kenderaan dan perlulah memeriksa latar belakang individu berkenaan agar dapat mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *