DUKE tutup dua jalan penghubung untuk kerja pemasangan crosshead

By  |  0 Comments

DUKE2

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn.Bhd. (Kesturi) yang bertanggungjawab mengendalikan Lebuhraya Duta-Hulu Klang (DUKE) telah memaklumkan bahawa dua jalan penghubung di ibu negara akan ditutup pada waktu malam selama seminggu bagi kerja-kerja pemasangan crosshead untuk projek fasa kedua lebuhraya berkenaan.

Dua jalan yang terbabit ialah Jalan 9/48A (dari Jalan Pahang ke Bandar Baru Sentul) dan Jalan Lang Emas (dari arah Segambut ke Kepong /Sungai Buloh).

Menurut kenyataan media tersebut, Jalan 9 /48A telah ditutup sejak 16 Jun lalu sehingga Ahad ini bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi.

Manakala Jalan Lang Emas ditutup mulai hari ini sehingga Selasa depan dari pukul 10 malam hingga 5 pagi. Di mana pengguna di Jalan Lang Emas digalakkan menggunakan Jalan Lang Kuning, Jalan 3/36, Jalan 3/62B, Jalan 1/62B serta Jalan 2/62B.

Bagi pengguna dari Jalan Pahang pula digalakkan menggunakan Jalan 3/48A sebagai laluan alternatif untuk ke Bandar Baru Sentul bagi mengelakkan kesesakan trafik di kawasan terlibat.

DUKE

Sumber foto : Facebook DUKE

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq