Peugeot Kajang dilancarkan

By  |  0 Comments

Peugeot Kajang

Selepas melancarkan Peugeot Service Klang pada 11 Jun lalu, semalam Nasim Sdn Bhd melakarkan satu lagi sejarah peribadinya dengan perasmian Peugeot Kajang pula.

Ini merupakan cawangan keempat yang dibuka pada tahun ini dan menjadikannya sebagai cawangan yang ke-18 di Lembah Klang.

Peugeot Kajang 3

Dimiliki dan dioperasikan oleh MN Otomobil Sdn Bhd, pusat 4S ini menyediakan perkhidmatan buat pata pelanggan di sekitar Lembah Klang terutamanya di daerah Kajang, Bandar Baru Bangi, Batu 9 Cheras, Beranang, Hulu Langat, Semenyih, Seri Kembangan, UKM Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya.

Dengan kos pelaburan sebanyak RM2.5 juta, Peugeot Kajang ini berkeluasan 12,000 kaki persegi dan dilengkapi dengan kemudahan termasuk pusat mengecat badan kenderaan, perkhidmatan WiFi dan ruang lounge bagi pelanggan. Ia turut menyediakan 13 petak penyelenggaraan yang mampu menyelenggara sehingga 30 unit kenderaan sehari.

Sehingga kini, Nasim telah pun memiliki 43 cawangan di seluruh negara dan bakal membuka satu lagi cawangan baharu sebelum hujung tahun ini. Dengan pembukaan cawangan ini, Nasim mensasarkan jualan sebanyak 4,200 unit bagi tahun 2015.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *