BMW 120i M Sport lebih mempesona – Harga RM212k

By  |  0 Comments

120i M Sport

Pengeluar kenderaan premium, BMW, hari ini telah melancarkan model sporty untuk segmen kompak, BMW 120i M Sport baharu, unit pemasangan tempatan (CKD).

Selaku satu-satunya kenderaan berpacuan roda belakang dalam segmennya dengan agihan berat 50:50 dan memiliki aspek keseronokan pemanduan yang sebenar (Sheer Driving Pleasure), BMW 1 Series serba baharu telah dipertingkatkan lagi dengan pakej standard M Sport.

Pakej itu terdiri daripada Kit Aerodinamik M, Stereng M dibalut kulit, rim aloi M Sport bersaiz 18 inci dan suspensi M Sport. Ini bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai satu-satunya hatch sports premium sebenar yang ada di pasaran Malaysia.

BMW-1-Series-120i 001

Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan servis mobiliti yang baharu daripada BMW ConnectedDrive menjadikan BMW 1 Series serba baharu bukan sahaja lebih sporty, malah elegan bersama reka bentuk dinamik dan kecekapan yang terbaik dalam kelasnya.

Melihat akan bentuk rekaan yang lebih sporty, bahagian hadapan jentera itu kini menampilkan rekaan baharu dengan lampu nyalaan siang LED yang menjadi satu ciri standard. Elemen gril ‘kidney’ lebar dan lampu hadapan yang rata kini disepadukan untuk memberikan penampilan yang lebih dinamik pada bahagian hadapan. Ia juga digabungkan dengan ruang kemasukan udara lebih besar yang terletak pada bahagian bawah lampu utama.

Buat pertama kalinya, lampu utama LED dan Adaptive LED ditawarkan sebagai opsyen. Ciri itu berfungsi mengikut haluan dan mengadaptasi lampu tinggi berdasarkan kepada kondisi jalan pada setiap masa. Di bahagian belakang, lampu LED dengan reka bentuk L yang menjadi signatur BMW, pintu belakang dan bampar belakang baharu nyata menyerlahkan rupa BMW 1 Series serba baharu yang cukup sporty.

Ruang dalaman BMW 120i M Sport serba baharu menggunakan tempat duduk dibalut kulit Alcantara dan opholsteri fabrik untuk menyerlahkan sifat sporty. Tempat duduk sport pada BMW 120i M Sport juga didatangkan dengan fungsi talaan secara elektrikal sebagai ciri standard.

Jentera itu juga menggunakan monitor paparan paling besar dalam kelasnya. Skrin bersaiz 8.8 inci yang dipasang pada papan pemuka itu memiliki karekter tipikal sebuah BMW dan berorientasikan kepada pemandu. Satu lagi ciri BMW 120i M Sport baharu yang mendahului kelasnya ialah Driver Experience Control yang mempunyai mod Sport, sekali gus menjadikannya jentera paling dinamik dalam segmennya.

Ia juga turut menampilkan penghawa dingin automatik, corong penghawa dingin bagi tempat duduk belakang, butang kawalan pada roda stereng, butang penghidup enjin, sistem pembesar suara HiFi dengan tujuh pembesar suara, sistem navigasi, sambungan Bluetooth dan USB.

Selain menampilkan imej yang lebih segar, nadi BMW 120i M Sport serba baharu ialah unit enjin dengan teknologi BMW TwinPower Turbo yang mampu menawarkan maklum balas serta-merta, rev tinggi dan bunyi sporty. Teknologi BMW TwinPower Turbo turut merangkumi kombinasi sistem pancitan terus bahan api berketepatan tinggi dan kawalan injap boleh ubah sepenuhnya Valvetronic dengan Double-VANOS.

Dijana oleh enjin petrol 1.6 liter empat-silinder, memberikan kuasa sehingga 177hp dan tork 250Nm, BMW 120i M Sport serba baharu mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 7.2 saat dengan kelajuan maksimum 222km/j.

Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik Steptronic lapan-kelajuan. Manakala penggunaan bahan api secara puratanya cuma 5.9 l/100km dan emisi CO2 pada kadar 137g/km.

Aplikasi antara muka BMW ConnectedDrive membolehkan pemandu menggunakan pelbagai fungsi, misalnya akses kepada aplikasi BMW ConnectedDrive. Apabila disambungkan dengan telefon pintar, pemandu dan penumpang boleh mengakses aplikasi seperti Spotify, Amazon Cloud Player dan banyak lagi menerusi menu BMW Apps.

BMW-1-Series-120i 003

BMW 120i M Sport serba baharu turut menampilkan sistem Professional Navigation bersama Touch Controller sebagai ciri standard. Di samping sistem Comfort Access yang memudahkan urusan keluar masuk dari kereta.

Untuk aspek keselamatannya, BMW 120i M Sport didatangkan dengan enam beg udara, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) termasuk ABS, ASC, CBC dan DTC.

BMW 120i M Sport didatangkan dalam Alpine White, Black Sapphire, Glacier Silver, Mineral Grey dan Estoril Blue.

Harga atas jalan (tidak termasuk insurans) yang dianggarkan bagi BMW 120i M Sport ini ialah RM219, 800 seunit yang turut didatangkan dengan waranti perbatuan tanpa had selama lima tahun dan Program Servis Berjadual secara percuma BMW Malaysia.

Bagi BMW 120i M Sport ini, BMW turut menawarkan opsyen bagi aksesori tambahan seperti senarai di bawah :

BMW 120i

Pakej M Sport Performance

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *