Perodua Tweckbot tawar 50 mata pemeriksaan percuma sempena kedatangan Ramadan & Aidil Fitri

By  |  0 Comments

tweckbot-039-650x487

Seperti biasa setiap kali kedatangan hari perayaan, Perodua pasti menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan Perodua menerusi program Perodua Tweckbot. Memilih beberapa lokasi terpilih, bagi menyambut kedatangan Ramadan dan Aidil Fitri tidak lama lagi, Perodua turut menawarkan 50 mata pemeriksaan percuma.

Ini merupakan program Perodua Tweckbot kedua bagi tahun ini, selepas dilancarkan sempena Tahun Baru Cina yang lalu.

Projek Perodua Tweckbot yang telah bermula sejak tahun 2011 lalu melibatkan promosi menerusi laman media sosial di mana para pelanggan Perodua boleh mengetahui lokasi dan tarikh krew Tweckbot bakal berada untuk tujuan pemeriksaan percuma ini.

Perodua Tweckboat

Kali ini lokasi yang terlibat ialah Kuantan Parade (12-14 Jun), Giant K.Terengganu, Giant Gong Badak , Terengganu (30,31 Julai & 1 Ogos) dan Giant Shah Alam, Shah Alam (12-14 Jun, 31 Julai, 1 & 2 Ogos) .

Pemeriksaan ini termasuklah untuk bahagian enjin, sistem penyejuk, sistem brek (termasuk cecair brek dan pad brek), sistem stereng berkuasa, sistem klac, tayar, sistem suspensi, sistem elektrikal (termasuk bateri, lampu dan bilah pengelap cermin).

Selepas melakukan pemeriksaan tersebut, pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Perodua juga berpeluang menikmati diskaun sebanyak 20% untuk alat ganti dan aksesori.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *