Peugeot Service Klang bersedia berkhidmat untuk pelanggan di sekitarnya

By  |  0 Comments

Peugeot Service Klang Launch 3

Nasim Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Peugeot di Malaysia, telah pun melancarkan cawangan pusat servis terbaharunya di negara ini iaitu Peugeot Service Klang.

Menurut Dato’ Samson Anand George, COO Nasim, pusat servis baharu ini disasarkan memberikan perkhidmatan bagi para pelanggan di kawasan sekitar Klang, Pulau Ketam, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Teluk Panglima Garang, Jenjarom dan Kapar. Selain itu, ia turut bersedia berkhidmat bagi mana-mana pelanggan Peugeot di seluruh Lembah Klang termasuk Petaling Jaya.

Peugeot Service Klang launch 2

“Termasuk pembukaan Peugeot Service Klang ini, kami telah pun memiliki 155 petak servis di seluruh negara dengan kapasiti melebihi 15,000 kereta sebulan. Ini adalah sebahagian usaha Kami bagi memperluaskan lagi rangkaian ini untuk memenuhi permintaan para pelanggan,” ujar Samson.

Dengan pelaburan sebanyak RM1 juta, Peugeot Service Klang yang seluas 10,500 kaki persegi ini turut dilengkapi dengan lounge bagi para pelanggan termasuk kemudahan Wi-Fi percuma. Ia dimiliki dan dioperasikan oleh UDH Ventures Sdn Bhd dan memiliki tujuh petak penyelenggaraan yang boleh menyelenggara 20 unit kereta sehari.

Peugeot Service Klang merupakan cawangan ketiga yang dilancarkan oleh Nasim pada tahun ini dan cawangan {eugeot yang ke 17 di Lembah Klang. Baru-baru ini, Nasim turut melancarkan pusat 3S di Taiping dan pusat pameran 1S di Petaling Jaya. Malah Nasim juga dijadualkan bakal membuka dua lagi cawangan pada tahun ini.

Sempena dengan pelacaran Peugeot Service Klang, promosi istimewa turut ditawarkan kepada para pelanggan Peugeot. Dari 10 Jun hingga 15 July, setiap kereta yang diselenggara di Peugeot Service Klang akan menerima baju-T Peugeot. Malah seorang pelanggan bertuah juga akan menerima iPad Mini. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menjawab tiga soalan mudah mengenai Peugeot bagi memenangi iPad Mini tersebut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *