Honda Australia panggil semula 130,000 unitnya ekoran masalah beg udara Takata

By  |  0 Comments

honda_cr-v-e1432016123125

Honda Australia telah mengumumkan dua panggilan balik 130,000 unit kenderaannya ekoran masalah beg udara buatan Takata.

Panggilan pertama melibatkan 109,551 unit kenderaan, termasuk Accord Euro tahun buatan 2004-2007, Civic (2004-2005), CR-V (2002-2008) dan Jazz (2004-2009). Ia disebabkan kebarangkalian pengepam beg udara terbabit yang boleh menyebabkan risiko kecederaan atau pun kematian, jika kenderaan tersebut terbabit dalam kemalangan.

Panggilan berasingan yang dibuat pula disebabkan masalah pengepam beg udara yang mungkin rosak, melibatkan 22,224 unit Civic (2004-2005), CR-V (2002-2008) dan Jazz (2004-2009).

Ini merupakan panggilan semula peringkat global yang terbesar diumumkan sejak minggu lalu iaitu melibatkan sejumlah 4.89 juta kenderaan yang diproduksi di antara tahun 2002 hingga 2008. Honda berkata, beg udara tersebut akan digantikan dengan jenama lain iaitu Autoliv dan Daicel bagi beg udara bahagian tempat duduk pemandu serta Daicel dan Takata bagi pengepam beg udara untuk bahagian penumpang di hadapan.

Sumber Honda Malaysia juga berkata, perkara yang sama akan dilakukan pada minggu ini juga. Di mana panggilan semula yang melibatkan unit tempatan sama seperti mana yang diumumkan oleh UMW Toyota pada minggu lalu iaitu melibatkan 97,000 unit model Toyota buatan tahun 2001 dan 2007.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *