Renault KWID bakal tembusi pasaran dunia

By  |  0 Comments

Renault-KWID-11

Renault telah pun memperkenalkan satu lagi model baharu yang bakal menembusi pasaran dunia, KWID. Sebelum ini, Renault telah menggelarkan model ini sebagai “Kayou”, namun akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan nama KWID.

Menggunakan platform CMF-A yang dibangunkan secara kerjasama dengan Nissan, KWID ini memiliki bentuk hatchback dengan pengaruh crossover.

Model segmen-A ini memiliki ukuran 3.68 meter panjang dan 1.58 meter lebar turut memiliki fungsi yang mampu menarik perhatian. Malah bagi kabinnya, ia turut dilengkapi dengan paparan sesentuh tujuh-inci dan instrumen digital.

Buat setakat ini, Renault masih enggan mendedahkan perincian KWID ini lebih lanjut. Namun mengesahkan ia memiliki ruang dlaaman dan kapasiti storan yang lebih besar bagi kelasnya.

Bakal dijanakan dengan enjin berkapasiti kecil, 0.8 liter, ia turut dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan yang memberikan penjimatan bahan api secara lebih ekstrem.

Setakat ini, India dilihat sebagai pasaran terpenting bagi KWID, namun Renault turut berkata model ini berpotensi menembusi pasaran dunia. Ia dijadualkan mula dipasarkan di India tidak lama lagi dengan harga antara 3 dan 4 lakhs.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *