Mitsubishi memperkenalkan sistem infotainmen Android FLEXConnect baharu

By  |  0 Comments

Mitsubishi Electric telah memperkenalkan sistem infotainmen Android FLEXConnect baharu yang diuji pada prototaip Cadillac.

Digambarkan sebagai intuitif tetapi dengan sistem yang memiliki penjimatan kos, FLEXConnect ini merangkumi paparan bersaiz 12.1 inci yang membolehkan pengguna mengakses tiga fungsi berbeza dengan mod skrin penuh, skrin separuh dan skrin satu pertiga.

Ini bermakna pemandu boleh mengakses navigasi sahaja, navigasi dan media atau navigasi, kawalan suhu dan pemain media dalam masa yang sama.

Sistem ini juga menampilkan kluster intrumen digital 12.3-inci dan paparan unit kepala dengan resolusi 480×240. Paling penting, Mitsubishi Electric turut berkata bahawa navigasi, media dan fungsi kawalan suhu mudah untuk dikongsinya dengan pelbagai skrin ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *