Itali tawar insentif bernilai €100 juta pada Lamborghini untuk produksi Urus

By  |  0 Comments

Lamborghini_Urus

Kerajaan Itali sedang berusaha untuk meyakinkan Lamborghini untuk memproduksikan model SUV Urus di negara berkenaan. Menurut laporan Bloomberg, usaha tersebut bukan setakat dengan tangan kosong, sebaliknya kerajaan Itali turut menawarkan insentif berjumlah €100 juta (RM401.4 juta) kepada pihak berkenaan.

Walau bagaimana pun, buat setakat ini, Lamborghini masih belum memberikan sebarang kata putus. Namun demikian, kerajaan Itali akan sedaya upaya berusaha agar Lamborghini tidak akan menolak tawaran tersebut.

Bukan itu sahaja, laporan tersebut juga menyebut, Perdana Menteri Matteo Renzi turut bersedia menawarkan lagi €100 juta bagi pelepasan cukai.

Lamborghini mempunyai masa sehingga hujung bulan hadapan untuk memikirkan tawaran ini. Dan sekiranya mereka bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan, Lamborghini sudah boleh mula merancang untuk memproduksikan model berkenaan di Itali.

Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengatakan Lamborghini berminat untuk memproduksi Urus di Slovakia, namun ia mungkin tidak kesampaian berdasarkan keinginan kerajaan Itali yang inginkan Urus diproduksi di negara kelahirannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *