Hyundai Sonata… Selamat ulang tahun ke-30 !

By  |  0 Comments

Hyundai-Sonata-30th-1

Mula diperkenalkan pada tahun 1985, generasi pertama Sonata merupakan kenderaan pacuan roda belakang. Tiga tahun kemudian, generasi keduanya pula diperkenalkan dan beralih kepada sistem pacuan roda-hadapan untuk “mempertingkatkan keupayaan pakej dalaman”.

Tahun demi tahun, kini Sonata telah pun memasuki usia tiga dekad dengan memperkenalkan lebih banyak generasi dengan menerapkan pelbagai teknologi dan inovasi terkini.

Malah sejak memasuki generasi ke-6 yang diperkenalkan pada tahun 2019, Hyundai telah pun membawakan inovasi rekaan Fluidic Sculpture bagi menampilkan imej yang lebih segar.

COVERSonata-Ext_09

Selepas memperkenalkan Sonata generasi ketujuh pada tahun 2014 di New York Auto Show, Hyundai Malaysia telah membawa masuk model tersebut pada Disember lalu. Ia menampilkan tiga varian iaitu Elegance B, Elegance dan Executive. Dijanakan oleh enjin Nu 2.0 MPI, ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 154 PS pada 6,200 rpm dan tork setinggi 194 Nm pada 4,000 rpm.

Setakat ini, ia merupakan model terkini bagi Sonata. Secara keseluruhannya, Hyundai telah berjaya menjual lebih 7.3 juta unit Sonata di seluruh dunia sejak diperkenalkan 30 tahun yang lalu.

Malah sehingga kini, Sonata menjadi antara model sedan bersaiz sederhana yang digemari di seluruh dunia, dan secara tidak langsung telah membuktikan bahawa produk dari Korea Selatan ini semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Selamat ulang tahun ke-30 Sonata!

Hyundai Sonata Generasi ketujuh (Spesifikasi Malaysia)

Hyundai Sonata 2015 (Spesifikasi US)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *