Volkswagen dedah imej & video GTI Supersport Vision Gran Turismo

By  |  0 Comments

Volkswagen telah mendedahkan beberapa imej dan video bagi GTI Supersport Vision Gran Turismo yang bakal ditawarkan secara eksklusif untuk GT6.

Dengan bentuk yang lebih hardcore buat hatchback tiga-pintu ini, ia juga turut dilengkapi dengan kit badan yang lebih ekstrem. Ia menampilkan pemisah depan gentian karbon, gerbang roda yang lebih besar dan sayap belakang lebih mantap yang juga diperbuat daripada gentian karbon.

Material dengan kadar berat yang sama juga digunakan bagi peresap belakang yang turut tampil bersama paip ekzos berbentuk bulat dengan kekemasan metalik. Malah kehadiran lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang LED turut dipadankan bagi memberikan imej hadapan lebih menyerlah.

Berkenaan dengan mekanikalnya, Volkswagen masih belum membuka mulut lagi. Namun kalau diikutkan pada model konsep yang dipertontonkan pada tahun lalu, ia dipadankan dengan enjin 3.0 liter turbo-berkembar VR6 TSI yang berkeupayaan menghamburkan kuasa sehingga 503 hp dan tork setinggi 665 Nm yang disalurkan ke sistem pacuan semua-roda 4MOTION menerusi transmisi DSG tujuh-kelajuan.

Kemungkinan besar GTI Supersport Vision Gran Turismo akan melakukan penampilan perdanannya pada bulan hadapan di Austria.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *