Volvo XC90 Excellence bakal tampil di Auto Shanghai 2015 minggu hadapan

By  |  0 Comments

Volvo-XC90-Excellence-09

Jika Volvo telah memperkenalkan model XC90 generasi kedua pada Ogos tahun lalu, kali ini syarikat berkenaan mengambil keputusan untuk menampilkan XC90 Excellence pula. Memilih pentas Auto Shanghai 2015 yang bakal berlangsung minggu hadapan, XC90 Excellence kelihatan lebih mewah, anggun dan cukup elegan.

Bahagian luarannya masih kelihatan seperti XC90, namun jika dilihat secara lebih dekat, terdapat kekemasan krom istimewa pada bahagian tiang B dan C. Manakala bahagian kabinnya pula telah diganti dengan konfigurasi empat-tempat duduk dengan dua tempat duduk belakang individual yang turut dilengkapi fungsi urut dan pengudaraan.

XC90 Excellence juga memiliki ruang dalaman yang lebih luas dan turut ditampilkan dengan meja lipat, pemegang cawan dengan fungsi penyejuk, peti sejuk, dan gelas kristal buatan tangan oleh Orrefors dari Sweden.

Selain itu, Volvo turut memasang penebat bunyi dan menggunakan tayar Pirelli yang membantu mengurangkan bunyi bising luaran daripada menyerap masuk ke dalam kabin. Bukan itu sahaja, Volvo turut memasang sistem pembersih udara ionic bagi menyalurkan udara segar pada bahagian kabin.

Elemen lain yang turut ditampilkan termasuklah sistem bunyi Bowers & Wilkins dengan 19 pembesar suara, pencahayaan ambien dan kekemasan tambahan kulit.

Bagi model ini, Volvo mensasarkan jualan bagi ‘model paling mewah yang pernah dibina’ ini bakal bermula pada penghujung tahun ini

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq