Jaguar XE 2015 sedang diproduksi di UK

By  |  0 Comments

Jaguar-XE-2015-9

Jaguar XE 2015 kini sedang dalam produksi di kilang Jaguar, Solihull, United Kingdom. Ia juga merupakan model Jaguar pertama yang diproduksi di kilang berkenaan.

Menggunakan platform aluminium, XE 2015 ini menawarkan tiga pilihan enjin iaitu 2.0 liter Ingenium empat-silinder diesel dengan kuasa sehingga 163 PS dan tork 380 Nm.

Manakala enjin petrol 2.0 liter empat-silinder pengecas turbo pula hadir dengan kuasa 200 PS dan 280 Nm. Pilihan ketiga pula ialah enjin 3.0 liter V6 supercharged yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 340 PS dan tork sehingga 450 Nm.

Menurut Pengarah Operasi Solihull, Alan Volkaerts, kehadiran Jaguar XE baharu ini boleh dianggap sebagai satu lembaran baharu dalam sejarah kilang ini. Malah ia melihatkan kredibiliti operasi pembuatan dengan pelaburan yang cukup strategi bagi teknologi dan infrastruktur aluminium.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *