Lexus RX 2016 lebih maskulin & agresif

By  |  0 Comments

Lexus-RX-2016-1

Sempena dengan New York Auto Show, Lexus turut mengambil kesempatan memperkenalkan Lexus RX 2016 yang digambarkan memiliki paras rupa lebih menarik.

Model SUV mewah bersaiz-sederhana generasi keempat ini menerapkan banyak penggayaan daripada NX. Kehadiran gril yang nampak lebih mantap dan sedikit besar disambung pada lampu utama LED, lampu kabus dan lampu nyalaan siang. RX baharu ini juga memiliki garisan bumbung yang lebih landai menghasilkan profil yang tampak anggun.

Bahagian belakang juga kelihatan lebih tajam dengan lampu belakang LED berbentuk-L serta penampilan sistem ekzos berkembar yang membuatkan RX baharu ini tampak lebih premium. Tingkap belakang juga yang telah diberi penambah baikan dengan bentuk yang sedikit unik.

Pada bahagian kabinnya, RX 2016 ini ditampilkan dengan skrin 12.3 inci untuk sistem hiburan dan Lexus turut menawakrn paparan kepala berwarna dengan penambahan kos. Selain itu, ia juga ditampilkan dengan tempat duduk belakang bersama fungsi haba, tempat duduk barisan belakang yang boleh dilipat secara 60:40, bumbung panorama, sistem hiburan untuk penumpang belakang dengan skrin bersaiz 11.6 inci yang dipasang pada belakang perehat kepala tempat duduk hadapan.

Namun ada sedikit penampilan yang berbeza buat varian F SPORT di mana badannya nampak lebih agresif, termasuk pemadanan rim aloi bersaiz 20-inci dan kluster instrumen F SPORT dengan paparan pelbagai-informasi TFT. Roda stereng sport balutan kulit serta logo F SPORT dan pedal penukar gear juga ditampilkan.

Malah Lexus RX F SPORT 2016 turut menerima Sistem Penstabilan Aktif untuk membuatkan jentera ini lebih mantap dan stabil terutamanya ketika di selekoh. Ia juha didatangkan dengan mod AVS-enhanced Sport+ selain Eco, Normal dan Sport.

Lexus-RX-450h-2016-23

Bagi prestasinya, varian RX 350 baharu ditawarkan dengan enjin 3.5 liter V6 yang mampu memberikan kuasa sehingga 300 hp serta transmisi automatik lapan-kelajuan. Manakala bagi varian RX 450h pula, ia didatangkan dengan kombinasi enjin 3.5 liter V6 dengan penjana motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 300 hp.

Buat pertama kalinya bagi RX, Lexus telah menampilkan Adaptive Variable Suspension (AVS) di mana ia boleh dipantau secara elektronik dan menyesuaikan redaman penyerap hentak dan stereng untuk pengendalian yang lebih optima serta selesa. Di mana sistem ini boleh mengurangkan olengan badan di selekoh terutamanya pada kelajuan yang tinggi. Sistem ini ditampilkan pada kedua-dua varian RX 2016 ini.

Lexus RX 350 F-Sport

Lexus RX 450h

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *