Volkswagen memperkenalkan model konsep Beetle di New York Auto Show

By  |  0 Comments

VW-Beetle-SE-Concept-1

Walau pun pada awal Mac lalu, Volkswagen telah mengkhabarkan mungkin bakal menamatkan produksi bagi model Beetle, namun ia masih terus memperkenalkan empat model konsep Beetle di New York Auto Show.

Dengan imej yang lebih ranggi, model konsep Beetle Convertible Denim menampilkan warna Stonewashed Blue Metallic pada kerangkanya dengan kekemasan kelabu dan bumbung berwarna biru denim. Model tersebut turut menampilkan tempat duduk sport fabrik/kulit buatan, kekemasan aluminium dan rim aloi Disc bersaiz 18-inci.

Beetle Pink Color Edition pula tampil dengan imej yang tak terduga bersama warna Pink Metallic, bampar R-line dan kekemasan dalaman berwarna Titatinum Black/Pink Metallic.

Warna Habanero Orange Metallic pula menjadi pilihan bagi luaran Beetle Convertible Wave dengan perumah cermin sisi krom dan rim aloi Tornado bersaiz 19-inci. Bahagian dalamannya pula dihiasi dengan kekemasan kayuan dan juga tempat duduk istemewa dengan paten kekotak besar ‘houndstooth’.

VW-Beetle-SE-Concept-3

Manakala model konsep keempat yang diperkenalkan ialah Beetle R-Line dengan warna luaran Oryx White Pearl serta kekemasan hitam berkilat. Ia turut dilengkapi dengan bampar yang lebih sporty, peresap belakang dan rim aloi Monterey bersaiz 20-inci. Bahagian kabinnya pula dilengkapi dengan tempat duduk sport, kekemasan gentian karbon tiruan dan jahitan berwarna kuning.

Buat setakat ini, Volkswagen belum mendedahkan ciri-ciri mekanikalnya dan ia hanyalah model konsep. Namun tidak mustahil, ia bakal memasuki produksi dan bakal dipasarkan di peringkat global.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *