Hyundai Enduro crossover muncul di Seoul Motor Show

By  |  0 Comments

Hyundai Motor at the 2015 Seoul Motor Show

Hyundai telah membawa model konsep crossover utility vehicle (CUV) yang diberi nama Enduro ke Seoul Motor Show.

Disebabkan rekaan menjadi antara keutmaannya, Hyundai berkata ia adalah gabungan gaya antara SUV biasa dengan motorsikal rali dan ia dibangunkan bagi memenuhi gaya hidup seseorang yang tinggal dalam kota metropolitan yang sentiasa sibuk.

Enduro tampil dengan rekaan yang sedikit pelik dengan lapisan plastik pada gerbang roda yang besar dan imej umpama serangga besar. Kluster pencahayaannnya telah direka dengan unik serta menampilkan LED, sementara skirt sisinya pula turut didatangkan dengan bar pemijak tepi bagi memudahkan pengguna menaik/menurunkan barangan daripada bahagian bumbung. Bahagian bawahnya pula berwarna kelabu gelap dan tiang C pula direka lebih istimewa bagi mengurangkan seretan udara.

Enduro - lifestyle urban crossover utility vehicle

Foto bahagian kabinnya masih belum diperoleh namun menurun Hyundai, bahagian papan pemuka dan konsol tengahnya menggabungkan elemen menegak dan melintang. Sementara itu, hos kluster instrumennya pula lebar bagi memuatkan pelbagai informasi pada paparannya.

Model konsep Hyundai HND-12 Enduro ini berukuran 1443mm panjang dan jarak rodanya 2650mm. Ia dijanakan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo serta dipadankan dengan kotak gear klac-berkembar tujuh kelajuan.

Buat setakat ini, Hyundai masih belum mengesahkan adakah model konsep ini akan dihasilkan bagi versi produksi mahu pun tidak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *