Honda bikin kejutan dengan kehadiran model konsep Civic di New York Auto Show

By  |  0 Comments

Honda-Civic-concept-18

Honda turut menjadikan New York Auto Show sebagai gelanggang untuk membikin kejutan dengan menayangkan model konsep Civic.

Ia sebagai pra-tonton bagi model produksi generasi ke-10, model konsep ini digambarkan sebagai “ultra-sporty Civic Concept” dengan menampilkan gaya baharu bagi Civic 2016. Ia juga dikatakan bakal ditawarkan denagn beberapa varian iaitu Sedan, Coupe, Si, hatchback dan paling penting, Type R.

Model konsep ini memiliki jarak roda yang lebih panjang, begitu juga dengan hud tetapi tetapi agak pendek pada bahagian hadapan yang nampak sedikit tergantung. Lampu utama LED disambung pada gril “Flying H” dengan corong udara yang lebih maskulin.

Honda-Civic-concept-10

Bahagian belakangnya juga lebih pendek dan gerbang rodanya pula kelihatan lebih garang. Kehadiran lampu belakang LED dan paip ekzos tunggal di tengah berbentuk haksagon menyerlahkan lagi imej sporty model konsep ini.

Seperti mana model spesifikasi US, ia bakal dijanakan oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan kotak gear ‘short-shifting’ enam-kelajuan atau CVT yang baharu.

Ia juga bakal ditampilkan dengan pelbagai aspek keselamatan termasuk Adaptive Cruise Control, Lane Departure Warning, Forward Collision Warning, Multi-Angle Rearview Camera bersama struktur badan Advanced Compatibility Engineering.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *