Honda bakal tayang model konsep SUV di Shanghai pada 22 Apr ini

By  |  0 Comments

Honda-SUV-concept

Honda telah mengumumkan bakal menayangkan model konsep SUV terbaharunya di Shanghai Auto Show yang akan bermula pada 22 April ini.

Ini merupakan foto lakaran teaser pertama yang didedahkan menerusi Internet, dan ia kelihatan memiliki susuk tubuh dan imej yang cukup sporty. Menurut Honda, model ini akan dibangunkan oleh Guangqi Honda Automobile dan Dongfeng Honda Automobile. Buat setakat ini, tiada lagi periciannya didedahkan.

Selain itu, dalam masa yang sama, Honda juga akan mendedahkan model facelift bagi City dan CR-V serta model Accord Hybrid mengikut spesifikasi USA dan juga jentera lumba F1 McLaren-Honda MP4-30.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *