Chevrolet Malibu 2016 telah diperkenalkan di New York Auto Show

By  |  0 Comments

Chevrolet-Malibu-2016-11

Awal Mac lalu, Chevrolet telah menyebarkan foto teaser bagi model Malibu serba baharu. Dan sempena dengan New York Auto Show yang sedang berlangsung, Chevrolet mengambil kesempatan untuk memperkenalkannya.

Generasi kesembilan Malibu ini memiliki saiz 2.3 inci lebih panjang dengan jarak tayar 3.6 inci lebih lebar berbanding model sebelumnya, memberikan ia ruang yang lebih optimum. Malah ia juga mengurangkan berat sebanyak 136 kg daripada model sebelumnya.

Malibu 2016 ini juga memiliki gaya yang lebih mantap dan direka dengan garisan bumbung lebih landai serta memiliki lekuk badan yang lebih menarik.

Chevrolet-Malibu-2016-10

Berkenaan dengan prestasinya, Chevrolet menawarkan enjin 1.5 liter Ecotec turbocharged yang mampu menghamburkan sehingga 160 hp dan tork 250 Nm. Ia juga dilengkapi dengan sistem start/stop.

Selain itu, Chevrolet turut memberikan pilihan enjin 2.0 liter turbo dengan kuasa 250 hp dan tork 350 Nm.

Jika model 1.5 liter dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan, enjin 2.0 liter pula bergabung dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan.

Chevrolet-Malibu-2016-12

Bukan itu sahaja, Chevrolet turut menawarkan versi hibrid dengan enjin 1.8 liter empat-silinder bersama pacuan dua-motor yang mampu menyalurkan gabungan kuasa 182 hp. Ia dilengkapi dengan pek bateri 1.5 kWh lithium-ion. Pada kelajuan 88 km/h, Malibu Hybrid ini dipacu menggunakan kuasa elektrik dan pada kelajuan yang lebih tinggi, enjin konvensional digunakan sepenuhnya.

Perubahan juga boleh kelihatan pada bahagian kabinnya, ruang kakinya mengalami pertambahan sebanyak 1.3 inci, hasil jarak lebar yang dipertingkatkan. Ia juga tampil dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci atau yang lebih besar iaitu lapan-inci bagi model spesifikasi tinggi.

Chevrolet-Malibu-2016-8

Chevrolet turut menampilkan USB ports pada bahagian tempat duduk belakang dan punca kuasa 110-volts untuk versi terpilih. Malah sebagai pilihan, pengecas telefon bimbit tanpa wayar juga boleh didapati.

Bagi aspek keselamatan pula, Malibu 2016 ini tampil dengan 10 beg udara, kamera undur, Front Pedestrian Alert, New Lane Keep Assist dengan Lane Departure Warning, Kawalan Kelajuan Adaptif dengan Brek Hadapan Automatik, Bantuan Parkir Automatik dan banyak lagi.

Malibu 2016 dijangka mula berada di pasaran dunia pada suku keempat tahun ini dengan menawarkan empat varian iaitu L, LS, LT, Premier dan Hybrid.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *