Brabus 850 6.0 Biturbo Coupe bakal bergemerlapan di Geneva

By  |  0 Comments

Brabus-850-6.0-Biturbo-coupe-27

Sebelum ‘menyerah diri’ di Geneva Motor Show awal Mac ini, Brabus telah menyebarkan foto dan informasi mengenai projek 850 6.0 Biturbo Coupe.

Dibina berdasarkan Mercedes-Benz S63 Coupe 4MATIC, model ini boleh digambarkan sebagai “jentera coupe pacuan semua-roda yang terpantas dan paling berkuasa di peringkat global”.

Brabus 850 6.0 Biturbo Coupe menampilkan bampar hadapan yang direka semula dengan corong udara yang lebih besar yang dilengkapi dengan elemen baharu gentian karbon. Sementara di bahagian belakang pula kelihatan peresap baharu dan spoiler yang lebih ranggi. Model ini turut dilengkapi dengan roda Brabus Monoblock bersaiz dari 18 hingga 22 inci.

Bahagian dalam kabin pula dilengkapi dengan material kulit upholstery baharu bagi tempat duduk, panel pintu dan papan pemuka. Malah kekemasan berwarna shadow gold turut menghiasi kebanyakan ruang dalaman. Brabus mengatakan terdapat 219 bahagian dicat dengan warna tersebut, menampakkan imej yang lebih mewah dan elegan.

Dijanakan oleh enjin V8 biturbo yang telah dimodifikasi dengan keupayaan 5.9 liter, berbanding 5.5 liter bagi model standard S63 Coupe. Malah sistem turbo juga akan digantikan dengan pengecas turbo yang baharu bersama unit kompresor yang lebih besar dan rongga ekzos yang turut dimodifikasi. Selain itu, ia juga tampil dengan modul pengambilan udara baharu dan unit ECU juga telah menjalani pemetaan semula.

Brabus-850-6.0-Biturbo-coupe-21

Sebagai hasil, unit enjin yang dimodifikasi ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 850 Hp pada 5,400 rpm dan tork setinggi 1,450 Nm di antara 2,500-4,500 rpm. Enjin baharu ini juga boleh membantu Brabus 850 6.0 Biturbo Coupe dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 3.5 saat dan 0-200 km/j hanya 9.4 saat. Manakala kelajuan paling maksimum yang boleh dicapai ialah 350 km/j dan memiliki pengehad kelajuan elektrikal.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq