Nissan Sway – Model konsep untuk generasi March/Micra akan datang

By  |  0 Comments

Nissan-Sway

Nissan tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan model konsepnya, Sway, di pentas Geneva Motor Show awal Mac ini.

Model konsep Sway ini seakan memberikan imbasan generasi akan datang supermini Micra bagi spesifikasi Eropah. Kelihatan ia memiliki konsep rekaan yang agak berbeza berbanding model sedia ada yang diberi penambah baikan pada 2013 lalu.

Walau bagaimana pun, bagi versi produksi untuk model baharu Micra, ia tidaklah begitu dramatik seperti mana model konsep tetapi masih menampilkan pelbagai penambah baikan berbanding rekaan sedia ada.

Seperti yang sedia maklum, generasi akan datang Micra ini akan diproduksikan oleh Renault di Perancis tahun hadapan. Malah kemungkinan besar model ini memiliki persamaan dengan Clio terbaharu dan ada juga yang mengatakan namanya juga akan diganti baharu. Segala persoalan ini akan dijawab oleh Nissan bila tiba masanya kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *