McLaren P1 GTR inspirasi generasi terkini – Hamburan kuasa 1,000 Hp!

By  |  2 Comments

Mclaren-P1-GTR-1
Sebelum mempertontonkannya di Geneva awal Mac ini, McLaren telah menyebarkan foto dan spesifikasi ringkas mengenai jentera P1 GTR versi produksi.

Dibangunkan sebagai “jentera dunia terbaik untuk dipandu di litar”, P1 GTR ini 50 kg lebih ringan berbanding adik-beradik sebelumnya, hasil daripada penggunaan tingkap sisi bahan sintetik polikarbonat (tingkap sisi gelungsur di sebelah pemandu yang dikenali sebagai “ticket window”), panel gentian karbon di bahagian bumbung dan engine bay.

Manakala bahagian paip berkembar ekzos diperbuat daripada Inconel dan aloi titanium yang turut membantu mengurangkan berat lebih dari 6.5 kg.

Padanan enjin 3.8 liter V8 turbo-berkembar turut dipertingkatkan dan kini ia mampu menjana kuasa sehingga 800 Hp dan bekerja dengan motor elektrik yang menambahkan lagi 200 Hp, membolehkan McLaren P1 GTR ini menghasilkan kuasa gabungan sehingga 1,000 Hp.

Mclaren-P1-GTR-9

Bagi jentera P1 GTR kegunaan di trek pula memiliki 80mm lebih lebar dan 50mm lebih rendah berbanding dengan kereta standard. McLaren turut memadankan rim aloi center-locking motorsport bersaiz 19-inci yang dibaluti dengan tayar Pirelli.

Selain itu, bahagian belakangnya juga telah dipadankan dengan fixed wing berkedudukan 400mm, iaitu pertambahan sebanyak 100mm berbanding adjustable wing.

Mclaren-P1-GTR-6

Tahap ledakan kuasanya juga telah dipertingkatkan sebanyak 10% yang membolehkan P1 GTR seberat 660 kg ini dipacu sehingga 241 km/j.

McLaren P1 GTR ini bakal dipamerkan di Geneva Motor Show pada 3 Mac ini sebelum menjalani proses produksi. Dan jentera yang dipamerkan di Geneva tersebut adalah diinspirasi berdasarkan casis McLaren F1 GTR.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq