Citroen DS5 2016 mempertaruhkan imej baharu – Bakal tampil di Geneva Mac ini

By  |  0 Comments

Citroen-DS5-2016-1

Citroen telah memperkenalkan model DS5 facelift menerusi Internet sebelum bakal menayangkannya secara perdana di Geneva Motor Show 2015 awal mac ini.

Model hatchback kelahiran Perancis ini telah diberi suntikan kosmetik bagi mempertaruhkan imej baharunya termasuklah menawarkan elemen seperti gril yang lebih berkarakter dengan monogram DS di bahagian tengahnya, diapit oleh lampu utama xenon LED dengan lampu indikator yang diilhamkan dari model facelift DS3 dan DS3 Cabrio. Malah Citroen turut memperkenalkan warna baharu bagi DS5 2016 iaitu Ink Blue.

Bagi profil sisinya, bentuknya nampak lebih langsing manakala bahagian belakangnya pula telah menerima lampu yang diberi penambah baikan bersama ekzos krom berkembar yang disambung pada bampar.

Citroen-DS5-2016-2

Menjenguk bahagian kabinnya, ia turut ditampilkan dengan paparan touchdrive berwarna bagi menggantikan 12 butang kawalan pada model sebelumnya. Malah ia turut menampilkan teknologi Mirror Screen di mana telefon pintar boleh ‘menyalin’ data pada paparan skrin sesentuh tersebut.

Selain itu, ia turut menawarkan tempat duduk hadapan dengan fungi urut dan memori, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, lampu ambien, cermin dalaman elektrokrom, sistem audio Denon dan zon berkembar bagi sistem AC.

DS5 2016 ini turut ditampilkan dengan sistem pemantauan titik buta, selain sistem amaran penukaran laluan, kawalan cengkaman pintas, kamera undur, bantuan mula mendaki, lampu utama adaptif dan kawalan kestabilan.

Citroen-DS5-2016-4

Daripada sudut mekanikalnya, model DS5 ini ditawarkan dengan dengan varian enjin termasuk THP 165 dengan kuasa sehingga 165 Hp dan tork 240 Nm yang digabungkan bersama transmisi automatik enam-kelajuan. Ia juga boleh didapati dengan varian enjin BlueHDi 120 yang mampu memberikan kuasa sehingga 120 Hp dan tork 300 Nm dengan transmisi manual enam-kelajuan atau automatik enam-kelajuan.

Selain itu, enjin BlueHDI 180 pula berupaya memberikan kuasa sehingga 180 Ho dan tork 400 Nm yang digabungkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan. Bagi model hibrid pacuan semua roda pula, ia dijanakan oleh enjin 2.0 liter 163 HP turbodiesel yang bekerjasama dengan motor elektrik berkuasa 37 Hp.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *