Land Rover tayang imej misteri Evoque facelift

By  |  0 Comments

Evoque

Penuh tanda tanya dan teka-teki…itulah yang cuba dilakukan oleh Land Rover selepas mula menyebarkan imej misteri model Evoque facelift.

Mengesahkan model ini bakal dibawa ke Geneva, ia dikatakan telah diberi penambah baikan dan paras rupa yang lebih segar dengan penampilan lampu utama adaptif LED baharu yang mampu memberikan “pencahayaan unggul dalam keadaan gelap dan di selekoh tajam di jalan raya.”

Land Rover turut mengesahkan enjin Evoque 2015 ini telah diberi penambah baikan dan kemungkinan besar ia merujuk kepada barisan enjin petrol dan diesel petroleum pengecas turbo Ingenium empat-silinder daripada Jaguar XE dan Land Rover Discovery Sport.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *