Volkswagen Sharan 2015 telah didedahkan

By  |  0 Comments

VW-Sharan-2015-9

Imej pertama Volkswagen Sharan 2015 telah pun didedahkan di laman web dengan perubahan yang agak besar terhadap penggayaannya.

Antara elemen baharu yang dipadankan ialah lampu belakang LED, rim aloi Jakarat dan dua warna baharu iaitu Hudson Bay Blue Metallic dan Crimson Red Metallic.

Pada bahagian dalamnya pula, ia tidak banyak mengalami perubahan melainkan mengimplementasikan sistem hiburan Volkswagen terkini yang menyokong aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto. Selain itu, para pelanggan boleh memilik sama ada sistem Composition Color lima-inci atau Composition Media 6.5-inci, paparan pelbagai-fungsi dan 12-pelarasan tempat duduk serta roda stereng yang direka semula.

VW-Sharan-2015-7

Bahagian enjinnya juga telah menjalani pindaan. Di mana enjin 1.4 dan 2.0 TSI yang mampu menghamburkan 150 PS dan 220 PS. Manakala bagi pasaran yang menawarkan enjin TDI, ia mampu memberikan kuasa antara 115 PS, 150 PS dan 184 PS.

Kesemua enjin kecuali TDI 115 PS dipadankan dengan kotak gear klac-berkembar enam-kelajuan. Manakala enjin TDI 150 PS pula menampilkan elemen tambahan iaitu pacuan semua-roda 4MOTION.

Volkswagen turut menambah sistem keselamatan termasuklah Pemantauan Titik Buta, Brek Kecemasan Bandar, Kawalan Kelajuan Adaptif dan juga fungsi Auto Hold untuk brek parkir elektrik.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *