Hyundai Veloster Rally Edition 2016 memburu perhatian

By  |  0 Comments

Hyundai-Veloster-Rally-Edition-5

Pasti ramai yang terpegun melihat kelibat Hyundai Veloster Rally Edition 2016 di Chicago Auto Show. Dibina berdasarkan model Veloster Turbo R-Spec, Rally Edition ini lebih eksklusif terutamanya dengan kerangka berwarna Matte Blue yang sungguh menawan dan rim aloi RAYS bersaiz 18-inci dengan kekemasan hitam.

Veloster Rally Edition 2016 ini turut mempunyai logo khas dan ditampilkan dengan kekemasan umpama gentian karbon.

Perubahan pada bahagian kabin pula agak terhad namun ia menampilkan karpet lantai yang disulam khas dan tempat duduk sport balutan kulit berwarna hitam dengan kekemasan biru serta disulam dengan perkataan “Turbo”.

Dijanakan oleh enjin 1.6 liter empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 201 hp dan tork setinggi 264 Nm, Veloster Rally Edition 2016 turut dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan bersama B&M Racing Sport Shifter.

Selain itu, ia turut ditampilkan dengan gegelung dan peredam yang lebih sporty, semantap palang penstabilan.

Hyundai hanya akan memproduksikan 1,200 unit sahaja dan buat setakat ini, harganya masih belum diumumkan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *