Apple sedang bikin projek rahsia kenderaan elektrik (EV)

By  |  0 Comments

Apple EV

Menurut laporan Reuters yang memetik sumber rapat dengan Tesla, syarikat yang berpangkalan di Cupertino ini sedang bekerjasama dengan satu jenama terkenal bagi menjalankan projek menghasilkan kenderaan elektrik (EV).

Projek dengan kod nama “Titan” ini dikatakan melibatkan beberapa pihak termasuklah pakar-pakar industri automotif. Malah projek ini dikatakan telah dibiayai dan diketuai oleh syarikat pengeluar telefon bimbit terkenal iaitu Apple.

Menurut sumber Tesla, walau “tidak mahu kelihatan menerima banyak bantuan daripada pembuat kereta” namun syarikat itu memperoleh data mengenai komponen dan kaedah pengeluaran, dengan penekanan kepada elektrik dan diaplikasikan pada kereta berteknologi tinggi itu.

Laporan itu turut menyebut, Apple telah menubuhkan satu makmal rahsia pada akhir tahun lalu untuk melaksanakan projek EV ini. Malah Apple dikatakan telah bertemu dengan pengeluar kontrak, termasuk Magna Steyr yang berpangkalan di Austria.

Jadi, nak tahu apakah kesahihan projek EV Apple ini…kenalah tunggu pihak tersebut membuka bicara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *