Honda Pilot 2016 lebih mantap dengan hamburan enjin 3.5 liter V6

By  |  0 Comments

Honda-Pilot-2016-9

Sementara menantikan Honda Ridgeline 2017 ditampilkan di Chicago Auto Show yang sedang rancak berlangsung, Honda memperkenalkan model Pilot 2016 terlebih dahulu.

Dijangka mula dipasarkan pada musim panas ini, model yang direka semula ini mengalami perubahan luaran yang sedikit berbeza dengan gril tiga-bar yang disambungkan pada sudut lampu utama. Pada bahagian belakang pula kelihatan spoiler dan lampu belakang yang lebih garang dan menerusi pandangan sisi pula terpampang bumbung yang lebih landai.

Biarpun sudah dipamerkan untuk tontonan umum, namun Honda masih mengunci rapat perician spesifikasinya namun telah mengesahkan model ini memiliki saiz yang lebih panjang iaitu 3.5 inci berbanding model sebelumnya. Malah Honda telah mengesahkan varian tertinggi Pilot 2016 akan dilengkapi dengan lampu utama LED, lampu pencahayaan siang LED, bumbung panoramik berkaca dan rim aloi bersaiz 20-inci.

Malah Honda masih belum bersedia mendedahkan perician mengenai rekaan dalamannya namun difahamkan Pilot 2016 bakal dihiasi dengan material berkualiti tinggi termasuk plastik sentuhan lembut. Selain itu, ia juga mungkin menampilkan lampu peta LED, konsol tengah yang lebih besar dan sistem Paparan Audio bersaiz lapan-inci.

Ia juga mungkin akan tampil dengan pilihan tempat duduk hadapan, tempah duduk barisan kedua dan roda stereng yang lengkap dengan haba panas. Malah pelanggan juga boleh menempah tempat duduk ‘kapten’ pada barisan kedua dan sistem hiburan dengan paparan bersaiz 9-inci pada bahagian belakang.

Mengenai spesifikasi mekanikalnya, Honda Pilot 2016 dijanakan oleh enjin 3.5 liter V6 dengan teknologi penyahaktifan silinder. Ia juga mungkin digabungkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan atau sembilan-kelajuan bagi varian spesifikasi tertinggi. Pacuan roda-hadapan adalah standard tetapi pacuan semua-roda pula pilihan tambahan yang ditawarkan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *