Proton tawar bantuan tambahan untuk pemilik kereta Proton yang terjejas akibat banjir

By  |  0 Comments

Proton

PROTON Holdings Berhad (PROTON) memaklumkan bahawa Bank Muamalat Malaysia Bhd, AmBank (M) Bhd dan Malayan Banking Bhd (Maybank) telah menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran ansuran sehingga enam bulan bagi pinjaman untuk pelanggan kereta Proton yang terjejas akibat banjir. Ketiga-tiga institusi perbankan itu juga turut mengecualikan caj-caj tertentu berkaitan pembayaran lewat atau caj penalti untuk tempoh sekali sahaja.

Makluman ini adalah selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Bank Muamalat, AmBank dan Maybank baru- baru ini.

Berikutan tawaran moratorium berkenaan, pemilik kereta Proton serta keluarga yang terjejas kini boleh menarik nafas lega kerana dapat memberi tumpuan khusus satu persatu bagi tujuan membaik pulih semula kediaman yang rosak selepas banjir.

Sehubungan itu, pelanggan yang terjejas perlu terus menghubungi bank masing-masing dan menghantar permintaan mereka secepat mungkin supaya bank-bank berkenaan dapat dimaklumkan mengenai keadaan mereka dan tidak mengenakan apa-apa penalti jika terdapat sebarang pembayaran lewat.

Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON mengalu-alukan usaha tambahan yang dibuat institusi perbankan berkenaan kerana ia dilihat dapat membantu mengurangkan lagi penderitaan pelanggan PROTON yang terjejas akibat banjir.

“Selaras dengan Program Bantuan Banjir PROTON, syarikat juga ingin mengambil peluang ini untuk memaklumkan kepada pemilik kereta Proton yang mempunyai pinjaman kereta dengan ketiga-tiga bank berkenaan untuk menghubungi bank masing-masing dengan kadar segera kerana ini akan membantu mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung mereka buat sementara waktu ini,” kata Dato’ Harith.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *