Frost & Sullivan sasar jualan kereta 2015 dijangka naik 3.15%

By  |  0 Comments

car-sale-img

Semalam Bernama melaporkan kenyataan daripada Frost & Sullivan yang mensasarkan jualan kereta Malaysia dijangka meningkat sebanyak 3.15 peratus kepada 685,950 unit dari tahun ke tahun untuk 2015.

Rakan kongsi kanannya, Kavan Mukhtyar, berkata penurunan harga bahan api akan membawa kepada jualan kereta yang lebih tinggi dalam suku pertama tahun ini.

“Kami jangka jualan kereta kompak akan naik memandangkan pengguna lebih berminat dengan kenderaan yang lebih jimat minyak,” kata Mukhtyar dalam taklimat Unjuran Automotif Malaysia 2015 di sini Rabu.

Katanya, jualan untuk kereta nasional dan bukan nasional bagi 2014 dijangka mencecah 665,000 unit.

Bagi segmen pasaran kereta nasional, Mukhtyar menjangkakan perkongsian pasaran sebanyak 53.2 peratus tahun ini sama dengan peratusan tahun 2014.

Axia_Ext_04

Beliau berkata, perkongsian pasaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) adalah sebanyak 33.1 peratus dan Proton Holdings Bhd (Proton) pula memperoleh 20.1 peratus dari keseluruhan sektor kereta nasional.

“Perodua melancarkan model Axia pada September lepas manakala Proton memperkenalkan Iriz dalam Disember dan kami hanya boleh lihat prestasi jualan penuh bermula dari tahun ini,” kata Mukhtyar.

Syarikat kereta bukan nasional, UMW Toyota Motor Sdn Bhd, telah meningkatkan penguasaan pasarannya kepada 12.3 peratus dalam 2014 berbanding 10.6 peratus dalam 2013 dan Honda Malaysia Sdn Bhd tumbuh sehingga 13 peratus dalam 2014 daripada 8.8 peratus dalam 2013.

“Kami juga menjangkakan pembuat kereta bukan nasional untuk terus berkembang kerana mereka mempunyai rancangan untuk memasang kereta di sini sebagai sebahagian daripada strategi lokalisasi yang akan menurunkan harga,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *