Proton sertai misi bantuan mangsa banjir di Pantai Timur

By  |  0 Comments

PIC 4

Dalam usaha meringankan beban mereka yang terjejas teruk akibat banjir, PROTON Holdings Berhad (PROTON) telah memulakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan Pantai Timur.

Bersama-sama dengan anak syarikat milik penuhnya, iaitu PROTON Edar Sdn Bhd (PROTON Edar), PROTON telah menggerakkan Misi Bantuan Banjir PROTON ke Pantai Timur. Misi ini terdiri daripada 45 sukarelawan dari kalangan kakitangan PROTON yang berpangkalan di ibu pejabatnya di Subang Jaya, Selangor serta cawangannya di Kota Bharu, Kelantan dan dan Kuala Terengganu, Terengganu.

Misi bantuan banjir yang bermula 1 Januari 2015 dan dilaksanakan selama dua hari itu membabitkan khidmat kerja-kerja pembersihan tempat awam dan rumah mangsa yang terjejas teruk akibat banjir, termasuk golongan mereka yang amat memerlukan bantuan kemanusian dengan kadar segera, khususnya golongan miskin serta warga tua.

“Kami turut berdukacita dengan kesusahan yang menimpa mangsa banjir di kawasan Pantai Timur yang majoritinya terpaksa menyelamatkan diri serta ahli keluarga dengan hanya sehelai sepinggang apabila banjir mula melanda pada bulan lalu. Kami turun ke padang sejurus air surut dan menjadikan sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai Kampung Sakar Sungai di kawasan Pasir Mas, Kelantan sebagai permulaan kepada misi ini pada 1 Januari,” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

PIC 5

Bantuan turut dihulurkan kepada 205 keluarga mangsa banjir lain di Terengganu pada hari kedua misi ini, khususnya di Daerah Kemaman. Proton berharap bantuan ini serba sedikit boleh meringankan beban keluarga mangsa terutamanya mereka yang memerlukan bantuan kewangan bagi membolehkan anak-aanak memulakan sesi penggal persekolahan baru tidak lama lagi.

PROTON juga turut menyumbangkan beberapa barangan keperluan termasuk bekalan makanan dalam tin, biskut, kelengkapan peribadi, air mineral, selimut, lampin bayi pakai buang, tuala wanita dan seluar dalam pakai buang. Semua barangan keperluan ini diserahkan oleh Dato’ Harith bersama Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Norzahid Mohd Zahudi kepada wakil-wakil daripada 61 keluarga yang terjejas yang terjejas di kampung berkenaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *