Mitsubishi Motors tawar diskaun 50% untuk alat ganti bagi pemilik kenderaan Mitsubishi yang terjejas akibat banjir

By  |  0 Comments

Acting CEO and CFO, Toshiyuki Okumura during the flag-off of the Flood Relief Program

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan Program Bantuan Banjir kepada semua pemilik kenderaan Mitsubishi yang terjejas akibat bencana alam itu.

Bermula semalam sehingga 31 Januari ini, MMM menawarkan 50% diskaun untuk alat ganti bagi kenderaan Mitsubishi yang mengalami kerosakan akibat banjir. Walau bagaimana pun, tawaran diskaun ini tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan. Ini termasuklah hanya kenderaan Mitsubishi yang dibeli dari wakil yang bertauliah oleh MMM sahaja layak menikmati diskaun istimewa ini.

“Kami berharap program yang dilaksanakan ini mampu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir ini,” ujar Toshiyuki Okumura, Pemangku CEO dan Ketua Pegawai Kewangan MMM.

Dalam masa yang sama, MMM turut bekerjasama dengan pengedar bertauliah telah mengumpulkan dana bagi menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat terutamanya bagi kelengkapan persekolahan. Dana yang dikutip menerusi setiap pembelian kenderaan Mitsubishi yang didaftarkan pada Disember 2014 (RM50 bagi satu unit) sehingga kini telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM81,5000.

Malah MMM turut menyertai program pembersihan di beberapa kawasan terjejas termasuklah Kuala Krai dan Tanah Merah di Kelantan serta Temerloh, Pahang bermula semalam sehingga 10 Januari ini. Malah Triton Tuners Club (TTC) turut mengambil bahagian di dalam program yang dianurkan ini.

Bagi pemilik kenderaan Mitsubishi yang terlibat dengan banjir ini, diminta menghubungi mana-mana wakil pengedar sah MMM atau Talian Perkhidmatan Pelanggan di 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang) untuk sebarang maklumat lanjut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *