Honda CR-V 2015 versi Euro sah tampil dengan enjin 1.6L i-DTEC & kotak gear auto 9-kelajuan

By  |  0 Comments

2015_Honda_CR-V_facelift_Europe_02

Setelah mempertontonkan model prototaip bagi Honda CR-V 2015 di Paris Motor Show pada Oktober yang lalu, Honda telah mengumumkan spesifikasi akhir bagi model produksinya. Ia diberi pertambahan imej dan juga sudut mekanikalnya.

Daripada pandangan luaran, ia tidak banyak berbeza dengan model untuk pasaran Thailand tetapi diberi sedikit kelainan dengan menampilkan fitment pada bahagian rel bumbung, pemegang pintu yang sama warna dengan kerangka dan lampu kluster belakang LED. Sedikit berbeza dengan model bagi pasaran Amerika Utara yang menampilkan keunikan pada bahagian bampar hadapan.

2015_Honda_CR-V_facelift_Europe_03

Bagi bahagian kabinnya, kehadiran sistem baharu Honda Connect, iaitu aplikasi hiburan, memberikan elemen baharu bagi model ini. Ia didatangkan dengan panel skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci. Bukan itu sahaja, Honda juga telah menampilkan tombol gear elektronik dengan butang P pada model ini, lebih kurang sama seperti model hibrid Honda yang lain.

Ia dijanakan oleh enjin 1.6 liter i-DTEC turbodiesel yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 158 hp dan tork setinggi 350 Nm. Enjin ini juga dipadankan dengan kotak gear sama ada manual enam-kelajuan atau automatik torque-converter sembilan-kelajuan.

Honda CR-V 2015 Versi Thailand

Honda CR-V 2015 Versi Amerika Utara

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *