Honda CR-V versi Euro dengan imej lebih mantap

By  |  0 Comments

Honda_CRV_1

Selepas memperkenalkan model CR-V 2015 untuk pasaran USA, Honda juga tidak mahu ketinggalan memasarkan SUV ini di Eropah. Tampil sedikit berbeza daripada model USA, CR-V versi Euro ini nampak lebih mantap dan agresif. Lihat sahaja foto model prototaip bagi versi ini.

Berbanding dengan pasaran USA yang lebih menyenangi enjin gasolin, namun bagi Eropah pula ia lebih memilih diesel. Ia dijanakan oleh enjin 1.6 liter i-DTEC yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 158 hp dan tork 349 Nm.

Honda CRV3

Malah ia hanya ditawarkan dengan versi pacuan empat-roda, menggantikan model sebvelum ini iaitu enjin diesel 2.2 liter. Bukan itu sahaja, ia juga tidak memilih transmisi CVT seperti versi negara lain. Malahan memilih untuk dipadankan dengan kotak gear automatik sembilan-kelajuan.

Model CR-V versi Euro ini juga tampil dengan identiti yang lebih segar. Ia masih ditampilkan dengan bahagian hadapan yang sama seperti mana model versi negara lain namun ditambah dengan gril dan lampu pencahayaan siang LED yang baharu.

Pada bahagian belakangnya pula, bar krom menjadi pilihan dengan sedikit rekaan berbeza bagi lampu belakang.

CR-V versi Euro ini bakal ditampilkan di Paris Motor Show yang bermula hari ini. Model produksinya pula akan dibina di kilang Honda yang terletak di Swindon, England.


Model prototaip Honda CR-V versi Euro

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *