Perodua salur bantuan RM40k untuk mangsa banjir – Diskaun alat ganti & pemeriksaan kenderaan percuma turut ditawarkan

By  |  0 Comments

IMG-20141221-WA0006

Dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Perodua telah menyalurkan bantuan bernilai RM40,000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, pihaknya telah menyalurkan bantuan ini sejak 19 Disember lalu, termasuk barangan makanan, air mineral dan sleeping bag bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir di kedua-dua negeri yang terjejas teruk akibat bencana alam ini.

“Kami juga telah menghantar para sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri berkenaan. Dan kami juga akan terus menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat. Bukan itu sahaja, kami turut melakukan solat hajat dan doa selamat awal minggu lalu bagi memohon kepada Yang Maha Esa melindungi kita daripada bencana ini,”kata Aminar.

Selain itu, Perodua turut menawarkan bantuan kepada para pemilik kenderaan Perodua yang terlibat dengan bencana banjir ini. Ia termasuklah servis trak penunda, 20% diskaun bagi alat ganti terpilih (seperti komponen elektronik, karpet, tempat duduk dan engine overhaul gasket) dan pemeriksaan kenderaan percuma bagi menentukan jumlah kerugian yang ditanggung akibat banjir.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila menghubungi talian khidmat pelanggan Perodua di 1800-88-6600.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq viralqq serverpkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
judi bola parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games qq pkv dominoqq viralqq serverpkv parlay