Proton mempergiatkan program We-Care Prihatin Banjir

By  |  0 Comments

Proton

Atas dasar keprihatinan terhadap rakyat Malaysia yang dilanda musibah banjir, Proton semakin mempergiatkan program We-Care Prihatin Banjir dengan menawarkan diskaun sebanyak 30% bagi alat ganti untuk para pemilik kenderaan yang terjejas. Selain daripada diskaun, Proton turut tidak akan mengenakan sebarang kos buruh bagi menyelenggara kenderaan-kenderaan terbabit.

Menurut Proton, program ini akan berlangsung sehingga 15 Mac 2015, dan ia meliputi servis pemeriksaan percuma, bantuan menunda kenderaan dan penilaian kerosakan di pusat servis Proton yang terpilih.

Proton turut berkongsikan tips sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan akibat banjir :

-Jangan menghidupkan enjin kenderaan anda.
-Jangan membuka pintu kenderaan anda dengan menggunakan alat kawalan, sebaliknya gunakan cara manual.
-Pastikan anda menanggalkan terminal negatif pada bateri kereta bagi menghentikan aliran elektrik pada kenderaan anda.

Selepas melakukan ketiga-tiga tips berkenaan, keluarkan barangan berharga yang ada di dalam kereta, kunci kembali pintu secara manual dan dapatkan bantuan trak penunda untuk menghantar kenderaan anda ke mana-mana pusat servis Proton yang bertauliah.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Proton Customer Care di 1800-888-398.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *