Honda Malaysia tawar diskaun 50% untuk alat ganti tulen kepada mangsa banjir

By  |  0 Comments

10891497_1050268814998836_3602132882718810144_n

Sebagai tanda keprihatinan terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa banjir seluruh negara, Honda Malaysia turut menawarkan diskaun istimewa buat pemilik kenderaan Honda yang terjejas akibat bencana alam ini. Bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir ini, Honda menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk alat ganti tulen.

Untuk berbuat demikian, pemilik kenderaan Honda ini hanya perlu membuat laporan polis berhubung dengan kenderaan anda yang terjejas akibat banjir dan bawa salinan laporan tersebut ke mana-mana pusat servis Honda yang berada di kawasan terbabit (yang turut terjejas dengan banjir tersebut). Selain itu, anda perlu juga melampirkan salinan nota pelindungan insurans (insurance cover note).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Honda Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-2020.

10881627_1051615048197546_8847536253264818986_n

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *