Diskaun tol 10% untuk pengguna sistem elektronik di LPT sempena cuti perayaan Krismas

By  |  0 Comments

HondaJazz5

Bernama melaporkan, pengguna Touch ‘n Go dan SmartTAG di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), akan menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus sempena perayaan Hari Krismas pada Khamis ini.

Pengarah ANIH Berhad, pemegang konsesi LPT, Nik Fauzi Nik Hussein berkata pemberian diskaun itu akan bermula 12.01 pagi hingga 11.59 malam pada Khamis ini.

“Diskaun tol itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial syarikat agar pengguna dapat saling menziarahi orang tersayang dan sahabat handai pada musim perayaan,” menurutnya dalam kenyataan di sini Selasa.

Katanya, program itu adalah usaha mempromosi bayaran tol secara elektronik agar pengguna dapat menikmati pemanduan lebih selesa.

Nik Fauzi turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman sempena musim cuti sekolah ini.

LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu. Orang ramai boleh mengikuti laporan terkini LPT menerusi akaun Twitter @LPTTrafik atau laman web www.anihberhad.com.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq