Singapura kaji langkah Malaysia kenakan bayaran VEP terhadap kenderaan asing

By  |  0 Comments

Linkedua-Expressway

Memetik artikel yang disiarkan oleh Bernama lewat petang semalam, Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura sedang mengkaji langkah Malaysia untuk mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 (S$7.55) terhadap kenderaan asing mulai pertengahan tahun depan dan akan memberi respons ‘apabila tiba masanya’, lapor Channel NewsAsia (CNA).

Jurucakap kementerian berkenaan sebagai berkata, “Kami sedang mengkaji levi baharu itu dan akan membuat keputusan tentang respons kami apabila tiba masanya. Kami dapati, antara lain, ia tidak akan dikenakan secara seragam di semua sempadan darat Malaysia”.

Respons itu dibuat susulan kepada laporan pada Ahad apabila Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dipetik sebagai berkata kenderaan asing yang memasuki Johor dari Singapura akan dikenakan VEP RM20 mulai pertengahan tahun depan.

Aziz berkata langkah itu sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai tentang pelaksanaan VEP terhadap kenderaan yang berdaftar di negara asing yang memasuki Malaysia melalui Johor.

Katanya Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan butiran terperinci mengenai pelaksanaan VEP di dua pintu masuk di Johor iaitu Tambak Johor dan Link Kedua, sebelum ia dilaksanakan.

Sumber foto : http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Linkedua-Expressway.JPG

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *