SPAD sita lima kenderaan persendirian di JB dalam Operasi Uber

By  |  0 Comments

Marco Rubio Speech On Innovation At Uber's DC Offices

Bernama melaporkan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyita lima kenderaan persendirian dalam satu operasi Uber di sekitar bandar raya Johor Baharu hari ini.

Menurut kenyataan media SPAD yang disiarkan di sini, kenderaan itu disita mengikut Seksyen 80 dan Seksyen 81 Akta Pengangkutan Awam dan Darat (APAD) 2010 kerana kesalahan menawarkan perkhidmatan Uber.

Uber adalah perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar yang diasaskan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat.

Menerusi perkhidmatan itu, orang ramai boleh menaiki kenderaan persendirian itu yang beroperasi seperti teksi sapu.

Kenyataan itu berkata operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menjalankan operasi Uber itu dijalankan di kawasan tumpuan sekitar Johor Baharu seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Legoland dan Pasir Gudang.

“Kesemua kenderaan milik individu itu akan didakwa di bawah Seksyen 16 Akta APAD 2010,” kata suruhanjaya itu.

SPAD tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang serta syarat pelesenan pengendali terutamanya yang menggunakan kenderaan persendirian bagi menjalankan operasi Uber, tambah SPAD.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq