Caj VEP ditetapkan RM20 mulai pertengahan 2015 – Abdul Aziz

By  |  0 Comments

Linkedua-Expressway

Kerajaan telah pun menetapkan caj Permit Kenderaan Asing (VEP) bagi semua kenderaan asing yang memasuki negara ini dari Singapura sebanyak RM20 (SGD$7.55) mulai pertengahan tahun depan, laporan Sinar Harian dan Harian Metro semalam.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, kerajaan telah memutuskan kadar bayaran VEP yang dikenakan ialah RM20 bagi kenderaan asing yang memasuki Johor melalui Singapura dan pembayarannya menggunakan kad Touch n Go.

Kementerian Pengangkutan juga telah giat memperincikan langkah terakhir pelaksanaan VEP termasuk menyediakan pangkalan data pendaftaran dan pemasangan peranti khas di dua laluan pintu masuk iaitu Tambak Johor dan Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (LinKedua).

Menurutnya, walaupun kadar VEP itu dianggap rendah, namun caj berkenaan dilakukan setiap hari tanpa had masa berbeza dengan kaedah bayaran yang dikenakan republik Singapura yang tidak mengenakan bayaran pada hujung minggu serta mempunyai diskaun tertentu. Di mana Singapura hanya mengenakan bayaran pada hari biasa iaitu dari jam 2 pagi hingga jam 5 petang.

“Pihak kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk mengguna pakai VEP ini di pintu masuk negara dari negara lain jika pelaksanaan berjalan dengan lancar di Singapura,”kata Abdul Aziz.

Pada Oktober lalu, Sinagpura telah melaksanakan kadar baharu bagi tol Woodlands, di mana ia melibatkan semua kenderaan, kecuali motosikal, yang memasuki dan meninggalkan Singapura melalui Woodlands.

Kadar tol bagi kereta meningkat daripada S$1.20 (RM3.00) ke S$3.80 (RM9.60), manakala van dan kenderaan barangan ringan pula naik daripada S$1.90 (RM4.80) menjadi S$5.80 (RM14.68). Kadar tol bagi teksi dan bas juga terbabit iaitu daripada S$0.60 (RM1.51) dan S$1 (RM2.53) menjadi S$1.90 (RM4.81) dan S$3.10 (RM7.85).

Sumber foto : http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Linkedua-Expressway.JPG

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq