Skuad Muda 1 JPJ diwujudkan sebagai mata & telinga JPJ, SPAD & PDRM mulai 2015

By  |  0 Comments

bkk-ratchaprasong-dt-1

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata bermula tahun depan, tugas penguatkuasaan jalan raya akan dibantu Skuad Muda 1 JPJ yang bertindak sebagai mata dan telinga kepada agensi penguat kuasa lain seperti JPJ, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia.

“Kita sudah merekrut 45,000 anggota skuad itu di seluruh negara dan pengambilan masih dibuka kepada mereka yang menepati syarat, berumur 16 tahun ke atas serta mempunyai lesen motosikal atau lesen memandu. Dengan pelaksanaan (inisiatif) ini, akan meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat agar lebih berhemah ketika berada di jalan raya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ismail turut mengatakan bahawa mangsa banjir yang kehilangan lesen memandu atau lesen menunggang motosikal mereka rosak boleh mendapatkan lesen yang baharu di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara secara percuma.

Langkah itu adalah bagi mengurangkan beban mangsa banjir yang kehilangan banyak harta benda akibat bencana itu.

“Mangsa banjir yang kehilangan lesen ini boleh datang ke pejabat JPJ untuk memperbaharui secara percuma. Biasanya bayaran lesen memandu RM30 manakala lesen motosikal RM20. Walaupun jumlah ini kecil, ia dapat meringankan beban mangsa banjir,” katanya kepada pemberita sempena Hari Ketua Pengarah Bertemu Pelanggan Kuala Terengganu di pejabat JPJ, semalam.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq