PLUS beri rebat tunai untuk pengguna sistem elektronik sempena cuti Hari Krismas – Rujuk TTA untuk rancang perjalanan

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Sempena dengan cuti perayaan hari Krismas pada 25 Disember ini, pengguna rangkaian lebuh raya PLUS yang membayar tol secara elektronik bakal menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus.

Pemberian rebat tol oleh PLUS ini merupakan salah satu daripada langkah PLUS untuk menghargai pengguna-pengguna yang meraikan sambutan Hari Krismas. Di mana rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari pada tarikh berkenaan dan tidak terhad pada tempoh masa tertentu sahaja.

“Semua pengguna kenderaan kelas 1 yang membayar tol menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 25 Disember (Khamis) bersempena dengan Hari Krismas,” kata Mohammad Fuad Khusairi, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad.

Menurut Fuad, pengguna yang layak mendapat rebat tersebut boleh menuntut rebat tol apabila menambah nilai kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go masing-masing bermula pada 15 Februari 2015 sehingga 14 Mei 2015 di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya kendalian PLUS.

Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak diberikan untuk pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 15 peratus kepada 1.5 juta kenderaan setiap hari di Lebuhraya Utara-Selatan pada musim cuti yang akan datang.

“Justeru itu, kami menggesa orang ramai membuat persediaan menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch ’n’ Go lebih awal serta membayar tol secara elektronik sebagai satu langkah untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza-plaza tol dengan lebih selesa dan lebih cepat,” ujar Fuad lagi.

ASXdrive21

Dalam masa yang sama, PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan mereka pada perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2015 yang akan datang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.

PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak 15 peratus iaitu sebanyak 1.5 juta kenderaan sehari menjelang musim perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2015 berbanding dengan hari biasa iaitu sebanyak 1.3 juta kenderaan.

Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Langkah ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Print

Menurut Fuad, “Kami menjangkakan orang ramai di Lembah Klang akan mula bergerak keluar pada 19 Disember sehingga 4 Januari 2015 akan datang. Justeru itu, berdasarkan jadual TTA, kami menasihatkan orang ramai yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan antara jam 6:00 pagi sehingga 11:00 pagi.”

“Manakala, pengguna yang menuju ke destinasi lain seperti Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Jasin dan juga Bandaraya Melaka pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya di antara jam 11:00 pagi hingga 2:00 petang”.

Print

Jadual tersebut juga merangkumi perjalanan orang ramai yang ingin bercuti atau kembali semula ke Lembah Klang pada perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2015 bermula 19 Disember sehingga 4 Januari 2015.

Dalam pada itu, PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan mereka serta mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000, mengikuti laman Twitter PLUSTrafik atau memuat turun aplikasi ‘PLUS Mobile’ menerusi telefon pintar atau tablet masing-masing.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *