Toyota Hilux TRD Sportivo… akan datang!

By  |  0 Comments

hilux-trd-sportivo

UMW Toyota Motor telah pun memperkenalkan Toyota Hilux N70 serba baharu dengan mendedahkan perician varian Hilux TRD Sportivo menerusi laman web rasmi mereka.

Hilux TRD Sportivo ini boleh didapati dengan dua pilihan enjin iaitu 3.0 liter dan 2.5 liter iaitu berasaskan model 3.0G dan 2.5G double cab automatik. Diberi pertambahan elemen seperti bampar hadapan dan belakang TRD, pelekat dan tempat duduk kombinasi balutan kulit TRD dengan jahitan merah pada upholstery kulit berwarna hitam.

Ditambah pula dengan lampu pencahayaan siang LED pada bahagian bampar, yang turut ada pada varian 2.5G dan 3.0G. Malah bagi menampakkan kelainan, ia juga ditampilkan dengan rim aloi TRD serta pilihan TRD Sport Bar.

hilux-price-list-2014-dec

Tidak ada perubahan mekanikal, model 2.5 liter Intercooler VNT Diesel mampu menjanakan kuasa 144 PS dan tork setinggi 343 Nm. Manakala varian 3.0 liter Intercooler VNT Diesel pula mampu menghasilkan kuasa sehingga 163 PS dan tork setinggi 343 Nm. Kedua-dua varian turut dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan dengan ECT.

Harga atas jalan bagi varian Hilux TRD Sportivo (termasuk insurans) adalah seperti berikut :

Hilux Double Cab TRD Sportivo 2.5G AT – RM104,686 (solid), RM105,372 (metalik)
Hilux Double Cab TRD Sportivo 3.0G AT – RM112,967 (solid/metalik)
Pilihan TRD Sport Bar pada harga RM3,990, hanya boleh didapati untuk varian TRD Sportivo.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *